Thursday, January 27, 2011

kembang.kuncup

                                       "Rays of Light"


Damn,


Sejak duduk terperap dalam sangkar,
Otak makin tak berkembang,
Duit makin tak cukup,
Gadget banyak yang rosak,
Nak keluar cukup payah.


Apa lagi selepas ini ?

Thursday, December 16, 2010

"Food Tech" Vs. "Bersama ...." Part II

the.wired

Salam sejahtera kepada bala tentera.

Terdahulu aku sudah mengutarakan topik ini dalam aspek pengenalan, sedikit isi dan cerita yang tergantung.
Maka, sekarang aku nak menghabiskannya.

First
Siri BAUMM tu advertorial ? Siri FT siri pendidikan ?
Mana satu bala tentera semua pilih ?

Advertorial sama dengan pengiklanan/ promosi. 
Sebab tu si artis bantai semacam je makan.
Pendidikan sama dengan memberi pengetahuan. 
Sebab tu si artis makan jugak, tapi siap dengan memberi tahu kandungan yang dimakan.
Bayangkan benda yang bala tentera makan di Malaysia ni haram, walaupun ada sijil halal ?
Aku cuma boleh cakap pada pendapat aku, 80% rakyat di Malaysia tak tau dengan apa yang dia makan.
Back to basic, semuanya sedap ! kaww !
Sebab tu ramai kena diabetes, ramai kena hypertension dan yang paling teruk sekali kena kedua-duanya sekali.


Second, generasi.

Tak rasa pelik ke dengan perangai generasi yang semakin pelik ?
Kes jenayah menjadi-jadi. Gaduh. Semuanya melibatkan remaja.
Ya, aku tak salahkan mereka, tak salahkan rumah mereka. 
Jangan kata, semuanya bermula dari rumah. Tidak !
Tapi semuanya bermula dari pemakanan.
Baik benda yang dimakan, baik lah generasi kita. 
Jika sebaliknya, wallahuallam wishawab orang kata.

Third, Televisyen/TV.

TV memainkan peranan penting dalam mendidik umat manusia, bukan merosakkan akal umat manusia.
Propaganda, promosi, pengiklanan ? WTH !
Disebabkan TV jugaklah, ramai terpengaruh dengan BAUMM, bukan FT.
BAUMM sedap makan ABC dengan laici kang kang.
Yang terpengaruh, duduk di rumah/hospital dengan makan lauk tawar, sarapan roti yang rasa ntahapahapantah.
  
Hey, sudah tiba masanya untuk revolusi siri-siri televisyen di Malaysia.
Kita sepatutnya sudah menjadi lebih peka/sensistif, selari dengan arus moden.
Kita sepatutnya dah boleh buat filem-filem yang berkualiti, bukan style sinetron lagi.
Belum pernah aku tgk siri TV seperti FT yang memberi pendidikan pemakanan.

Sudah ramai orang yang maju, tapi mundur dari segi mentaliliti.
Kenapa mundur dari segi mentaliti?
Sebab TV tidak memberi pendidikan yang tiada disekolah !
Balik-balik politik, kes jenayah sana-sini, dan sinetron.

Kesimpulannya, apa yang disiarkan dalam TV dan akal berperanan penting dalam membina mentaliti yang sempurna supaya dapat melahirkan orang-orang yang cukup beradab, sesuai dengan tamadun umat manusia sekarang. Dan hadiah untuk bala tentera :

Siri Food Tech episod 1 :

Thursday, December 9, 2010

"Food Tech" Vs. "Bersama ...." Part I

KLCC

Salam sejahtera kepada bala tentera.


"Food Tech Vs. Bersama Artis untuk makan-makan"
Sebelum meneruskan pembacaan boleh klik sini untuk lebih faham tentang Food Tech.

Ok !
Kita mulakan bahagian yang pertama.

Apa dia Food Tech (FT) ?
Food Tech adalah siri televisyen yang aku sendiri tonton di History Channel. Kalau terlepas akan ada ulangannya. Macam la tak faham dengan siaran televisyen berbayar. Siri FT ni dikendalikan oleh Bobby Bognar (BB), seorang gitaris dan vokalis dari kumpulan The Piper Down . Maka dia seorang artis juga.  Cuma artis ni educate orang awam kearah positif.

Untuk pengetahuan bala tentera, siri FT ini mengetengahkan asal usul pemakanan. Sebagai contoh episod satu FT bertajuk Cheeseburger and Fries . Dalam siri ini, BB membawa kita kepada cara penghasilan roti, daging burger, sos, pickles, kepingan keju, kentang goreng. Tidak kira jugak hasil-hasil ladang seperti salad, tomato dan bawang malah setiap inci cheeseburger diceritakan. Ini yang dikatakan television educate people. 

Berbanding siri Bersama Artis untuk makan-makan (BAUMM).
Ya, memang sengaja aku labelkan BAUMM.
Sebab setiap siri tu semua nak tunjukkan artis tu makan itu dan ini. 
Pada aku, BAUMM tak educate orang awam dengan apa yang dimakan. 
Saban hari, sana sini kempen "Kurangkan Gula, Kurangkan Garam, Kurangkan itu ini."
tapi bila tengok siri BAUMM punya makanan semua terlebih-lebih. 
Kolestrol. Gula. Garam. semua cukup pakej. 


Next,


Siri FT ni adventurous.
Sebab BB akan bawak kita ke semua tempat penghasilan walaupun kandang khinzir atau lebih kasarnya BABI.
Tak macam BAUMM, aku tak pernah tengok mereka masuk mana-mana kandang walau kandang lembu sekalipun, apa lagi kandang babi.


Next, 



Pernah tak kita tengok apa ada dalam sos ? Makan sos sejak kecik lagi. Tapi,apa yang kita tau cuma sedap, manis, pedas, kawww !
Pernah terfikir apa ada dalam tu, selain dari melihat kandungan sos yang ada pada label botol sos ?
Pernah terfikir cara membuat sos ?
Pernah kita lihat macamana alat penyukat kelikatan sos ?
Yang tau, hanya makan.
Serius, siri BAUMM kalah dalam semua ni. Tak perlu apa-apa kelulusan dalam mengendalikan siri macam ni. Siapa pun boleh buat cuma berani dan tak berani je.




To be continue...