Thursday, December 9, 2010

"Food Tech" Vs. "Bersama ...." Part I

KLCC

Salam sejahtera kepada bala tentera.


"Food Tech Vs. Bersama Artis untuk makan-makan"
Sebelum meneruskan pembacaan boleh klik sini untuk lebih faham tentang Food Tech.

Ok !
Kita mulakan bahagian yang pertama.

Apa dia Food Tech (FT) ?
Food Tech adalah siri televisyen yang aku sendiri tonton di History Channel. Kalau terlepas akan ada ulangannya. Macam la tak faham dengan siaran televisyen berbayar. Siri FT ni dikendalikan oleh Bobby Bognar (BB), seorang gitaris dan vokalis dari kumpulan The Piper Down . Maka dia seorang artis juga.  Cuma artis ni educate orang awam kearah positif.

Untuk pengetahuan bala tentera, siri FT ini mengetengahkan asal usul pemakanan. Sebagai contoh episod satu FT bertajuk Cheeseburger and Fries . Dalam siri ini, BB membawa kita kepada cara penghasilan roti, daging burger, sos, pickles, kepingan keju, kentang goreng. Tidak kira jugak hasil-hasil ladang seperti salad, tomato dan bawang malah setiap inci cheeseburger diceritakan. Ini yang dikatakan television educate people. 

Berbanding siri Bersama Artis untuk makan-makan (BAUMM).
Ya, memang sengaja aku labelkan BAUMM.
Sebab setiap siri tu semua nak tunjukkan artis tu makan itu dan ini. 
Pada aku, BAUMM tak educate orang awam dengan apa yang dimakan. 
Saban hari, sana sini kempen "Kurangkan Gula, Kurangkan Garam, Kurangkan itu ini."
tapi bila tengok siri BAUMM punya makanan semua terlebih-lebih. 
Kolestrol. Gula. Garam. semua cukup pakej. 


Next,


Siri FT ni adventurous.
Sebab BB akan bawak kita ke semua tempat penghasilan walaupun kandang khinzir atau lebih kasarnya BABI.
Tak macam BAUMM, aku tak pernah tengok mereka masuk mana-mana kandang walau kandang lembu sekalipun, apa lagi kandang babi.


Next, 



Pernah tak kita tengok apa ada dalam sos ? Makan sos sejak kecik lagi. Tapi,apa yang kita tau cuma sedap, manis, pedas, kawww !
Pernah terfikir apa ada dalam tu, selain dari melihat kandungan sos yang ada pada label botol sos ?
Pernah terfikir cara membuat sos ?
Pernah kita lihat macamana alat penyukat kelikatan sos ?
Yang tau, hanya makan.
Serius, siri BAUMM kalah dalam semua ni. Tak perlu apa-apa kelulusan dalam mengendalikan siri macam ni. Siapa pun boleh buat cuma berani dan tak berani je.




To be continue...

No comments:

Post a Comment